Wednesday 28 July 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Hari ini aku ke farmasi Hospital Daerah Banting untuk mengambil ubat ayah yang demam. Setelah mengambil nombor giliran, aku pun duduk menunggu di kerusi yang disediakan. Aku tertarik dengan 'banner' yang dipamerkan di ruang menunggu farmasi tersebut.

Kelakar sampai rasa nak pengsan~

Mungkin pihak Kementerian Kesihatan cuba menterjemahkan frasa "Integrated Drugs Dispensing System" ke Bahasa Melayu. Tetapi bunyinya kedengaran agak janggal bagi aku. Aku bukannya seorang pakar bahasa tetapi aku pasti masih ada perkataan dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk menterjemahkan perkataan "Dispensing" itu. Menurut laman web Wordnetweb, maksud "Dispense" adalah:

  • distribute: administer or bestow, as in small portions; "administer critical remarks to everyone present"; "dole out some money"; "shell out pocket money for the children"; "deal a blow to someone"; "the machine dispenses soft drinks"
  • grant a dispensation; grant an exemption; "I was dispensed from this terrible task"
  • administer: give or apply (medications)
Jadi, ternyata masih ada perkataan yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan "Dispense" seperti perkataan pemberian atau pengedaraan. Aku tak tahu kalau perkataan "Dispense" telah dipinjam dari Bahasa Inggeris dan wujud dalam kamus dewan tetapi aku berasa selagi wujudnya istilah dalam Bahasa Melayu, kenapa kita mesti menggunakan perkataan yang dipinjam dari bahasa asing? Kalau hendak menyampaikan maklumat dalam Bahasa Inggeris, gunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dan begitulah sebaliknya. Jika dalam perbualan seharian mungkin tidak mengapa menggunakan bahasa rojak, tetapi untuk urusan rasmi dan penyampaian maklumat kepada orang awam, gunakanlah bahasa dan istilah yang betul. Bunyinya memang kedengaran agak janggal dan kelakar, rasa nak pengsan sahaja membacanya. Bahasa Jiwa Bangsa.


p/s: Hari ini ambil ubat dan kerja di farmasi juga~

Monday 5 July 2010

Walaupun Menganggur Tapi Kena Pandai Cari Kerja

Berikut merupakan tentatif aktiviti harian saya di era pengangguran ini:

0600H - 0630H : Solat subuh
0630H - 1100H : Bangun tidur, kemas katil kalau mak rajin (Masa sebenar bergantung kepada keadaan)
1000H - 1200H : Rampaian aktiviti bermula dari berkebun (membajak dan menanam semula tanam-tanaman), sarapan pagi (jika ada), aktiviti bebas
1200H - 1300H : Bersiram dan bersiap-siap untuk sebarang tugasan (Masa sebenar bergantung kepada keadaan)
1300H - 1330H : Menjemput adik pulang dari sekolah (Masa sebenar loceng berbunyi mengikut hari)
1330H - 1430H : Solat zuhur, makan tengah hari dan menghantar adik ke sekolah agama
1430H - 1730H : Menonton tv, menuai hasil pertanian, menyelesaikan tugasan, aktiviti bebas, solat asar
1730H - 1800H : Menjemput adik pulang dari sekolah agama
1800H - 1900H : Menonton tv, menyambut kepulangan mak ayah dari sekolah
1900H - 2000H : Solat maghrib, bersiram (tengok mood)
2000H - 0000H : Menonton tv, aktiviti bebas, makan malam, masak kalau lapar lagi
0000H - 0200H : Mula masuk tidur (bergantung kepada tahap kebosanan)