Thursday 19 January 2012

Liburan di Bandung 2012 - Hari Ketiga

Lawatan saya di Bandung diteruskan untuk hari ketiga. Hari ini saya dan Ateh (makcik saya) bangun awal untuk berjalan-jalan melihat keadaan kota Bandung dari dekat.

Pemandangan perkarangan hotel dari hadapan bilik saya menginap



 Bergambar di salah sebuah persimpangan di Kota Bandung


Awal pagi, masih belum 'macet' (jalan sesak)


Kami berjalan-jalan di sekitar Jalan Braga dan Jalan Asia Afrika. Keadaan jalanraya tidaklah sesak karana masih awal pagi. Apa yang menarik di sepanjang Jalan Asia Afrika ialah terdapat banyak bangunan bersejarah hasil tinggalan penjajah Belanda dahulu.


Gedung Merdeka


Museum Konferensi Asia Afrika


Senibina Belanda


Seni abstrak?


CIMB dekat aje, ada rakan berkata lebih murah mengeluarkan duit dalam matawang Rupiah dari akaun di Malaysia berbanding kadar tukaran wang asing di pengurup wang


Di sini juga terdapat batu tanda kilometer 0 yang menjadi titik permulaan perkembangan jaringan jalan raya di Bandung. Batu tanda ini terletak di hadapan di hadapan pejabat Gabenor Wilayah Jawa Barat.

Mercu tanda kilometer 0 Bandung, permulaan jaringan jalan raya di Bandung


Batu tanda KM. Bd. 0+00

Kami menuju ke Masjid Raya Bandung sebelum berpatah balik ke hotel untuk sarapan. Apa yang unik mengenai Bandung ialah kebanyakan masjid di Bandung mempunyai dua menara. Di Malaysia kebanyakan masjid mempunyai satu menara sahaja. Namun begitu, aspek kebersihan tidak diambil perhatian di Bandung. Amat menyedihkan apabila perkarang masjid dipenuhi sampah sarap yang dibuang oleh orang ramai serta gelandangan yang tidur di situ.


Masjid Raya Bandung


Selepas penat bersiar-siar, kami berjalan pulang ke hotel untuk bersarapan pagi. Selepas itu kami menaiki bas menuju ke Kawah Putih yang terletak lebih kurang 45 km ke selatan Bandung. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam. Seperti di Tangkuban Perahu, bas kami berhenti di kaki gunung dan kami ke kawasan Kawah Putih menaiki van.

Gunakan Gear 1


Di pintu masuk ke Kawah Putih


Kawah Putih juga merupakan kawasan gunung berapi tetapi tarikan Kawah Putih ialah tasik belerangnya. Kadar belerang yang tinggi menyebabkan tasik ini 'mati' kerana tiada hidupan yang boleh hidup di dalamnya. Bau belerang di sini juga agak kuat dan menusuk hidung. Pihak pentadbiran Kawah Putih menasihatkan pengunjung untuk berada di kawasan tasik tidak lebih dari 20 minit oleh kerana bau belerang yang kuat.

Dinasihati melawat kawasan Kawah Putih tidak lebih dari 20 minit


Tasik belerang



Mendapan kuning di gigi air itu adalah belerang


Di sepanjang jalan menuju ke Kawah Putih terdapat banyak kawasan penanaman padi di kiri dan kanan jalan. Setiap inci ruang dimanfaatkan oleh penduduk setempat untuk menanam padi. Kehijauan sawah padi berlatarbelakangkan gunung memberi suatu pandangan yang menarik sepanjang perjalanan.

Kawasan pertanian bawang


Setiap inci kawasan dimanfaatkan


Selepas melawat Kawah Putih, kami berhenti makan tengah hari di Saung Katineung yang menghidangkan masakan Sunda. Saung bermaksud rumah persinggahan dalam bahasa Sunda dan konsep kedai makannya amat menarik dimana kami makan di pondok yang disediakan.

 
Ulam-ulaman


 Hidangan makan tengah hari yang nampak menyelerakan


 
Di hadapan pondok makan


Jus strawberi


Di pintu masuk Saung Katineung


Pengunjung juga berpeluang memetik strawberi dan beri hitam yang ditanam di kawasan restoran dengan bayaran mengikut berat buah-buahan yang dipetik.

 Mari memetik strawberi dan bawang


 Blackberry yang sebenarnya


Selesai mengisi perut, rombongan kami menuju ke kawasan Cibaduyut yang banyak menjual barang-barang kulit berkualiti tinggi dengan harga yang sangat murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Barangannya tidak berjenama popular tetapi bahan yang digunakan adalah kulit asli dan mutu buatannya juga bagus. Saya sempat membeli sepasang kasut dan dompet disini. Kerosakan poket dianggarkan lebih kurang Rp 550,000 tetapi saya tidak mungkin akan dapat membeli barangan yang berkualiti sama di Malaysia dengan harga yang cukup murah.

 Kasut kulit


Replika kasut mercu tanda Cibaduyut sebagai syurga barangan kulit


Kami meninggalkan Cibaduyut setelah sejam membeli-belah. Kami menuju ke Toko Tiga pula yang banyak menjual seluar jeans berjenama seperti Levi's, Lois dan sebagainya tetapi harganya lebih murah berbanding di Malaysia. Saya membelanjakan lebih kurang Rp 1,500,000 untuk 2 pasang jeans berjenama dan 3 helai baju-t berjenama.

 Membeli-belah di Toko Tiga


Sepupu pun tidak mahu ketinggalan



Makan malam pada malam itu menampilkan sedikit kelainan apabila kami menjamu selera di kedai masakan Oriental. Sepanjang lawatan kami, kami hanya dijamu dengan masakan Sunda dan Padang sahaja. Cuma kali ini kami mengubah selera kepada masakan Oriental. Reka bentuk restoran juga agak eksklusif dan sesuai untuk pengunjung menjamu selera.

Sesudah makan, kami menuju ke hotel untuk berehat menandakan penamat hari ketiga kami di Bandung.

bersambung ke hari keempat...

No comments: