Sunday 15 January 2012

Liburan di Bandung 2012 - Hari Pertama

Nampaknya aku membuka tahun baru dengan mengambil cuti panjang ke Bandung. Nasib baik boss tak banyak soal untuk meluluskan cuti (belum apa-apa dah minta cuti panjang). Jadi, aku ingin berkongsi sedikit-sebanyak pengalaman yang aku kutip dari Bandung.

Tujuan asal aku pergi ke Bandung hanyalah untuk berjalan-jalan melihat tempat orang, jadi aku hanya menukar wang sebanyak Rp1,000,000 (bersamaan RM353.00) sahaja. Tetapi apabila tiba di Bandung, aku baru tahu wang sebanyak itu tidak mencukupi untuk lawatan sepanjang 4 hari 3 malam itu.
 Satu juta rupiah tidak cukup


Perjalanan dari KL LCCT (IATA: KUL) ke Bandara Husein Sastranegara (IATA: BDO) sepatutnya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja tetapi disebabkan oleh masalah kabus, juruterbang terpaksa berlegar beberapa kali di ruang udara Bandung sebelum mendapat kebenaran dari menara kawalan bandara (singkatan kepada Bandaraya Udara = lapangan terbang) untuk mendarat dengan selamatnya.


Airbus A320 di BDO



Sebaik sahaja menjejakkan kaki di balai ketibaan BDO, aku lihat perbezaan di antara lapangan terbang antarabangsa di Malaysia dan Indonesia bagai langit dan bumi. Proses imigresen mengambil masa yang lama di Indonesia berbanding di Malaysia.


Menghilangkan kebosanan di Balai Ketibaan Bandara Husein Sastranegara Bandung


Benda pertama yang aku beli sejurus tiba di Bandung ialah kad SIM tempatan. Kadar perayauan antarabangsa Maxis sememangnya sangat cekik darah dengan kadar 'serendah' RM5.30/minit untuk MENERIMA panggilan dari Malaysia, RM2.50/minit untuk panggilan balik ke Malaysia dan RM1.00/SMS. Pek permulaan Telkomsel dibeli pada harga Rp50,000 dengan baki prabayar tersedia Rp20,0000. Anda boleh mendapat tawaran yang lebih baik dengan pek permulaan XL Indo yang lebih murah, aku dah tersalah beli.
Ketibaan rombongan kami disambut oleh Pak Kevin, pemandu pelancong sepanjang percutian kami di Bandung dan kami akan bergerak di sekitar Bandung dengan menaiki bas.


Trans Studio Bandung


Destinasi pertama yang kami tuju adalah Trans Studio Bandung. Tiket masuk dibeli dengan harga Rp200,000 (kadar cuti sekolah). Sekolah-sekolah di Indonesia masih bercuti ketika itu. Kadar tiket masuk pada hari biasa adalah Rp150,000.

Bersama keluarga di pintu masuk


 Kad prabayar untuk membayar tiket dan membeli barangan/makanan di dalam kawasan taman tema


Di perkarangan Trans Studio Bandung




Trans Studio Bandung bolehlah dikatakan sebagai Universal Studio Indonesia kerana taman temanya merangkumi permainan dan pameran bertemakan industri perfileman.

Ngeri





Vertigo @ Trans Studio Bandung


Terdapat pelbagai permainan dan persembahan seperti teater, 'live band' dan yang paling menarik perhatian aku ialah persembahan lagak ngeri di Special Effects Action!

Persembahan Teater Hikayat Putera Mahkota


Persembahan lagak ngeri


Aku juga berpeluang bergambar dengan personaliti-personaliti terkenal seperti Elvis Presley, Marilyn Monroe dan juga Michael Jackson di sana.







Elvis Presley dan Marilyn Monroe, kononnya



 Pari-pari pun ada, abaikan pose gedik ittew~


Kami menghabiskan masa di Trans Studio Bandung sehingga hari petang sebelum mengisi perut dengan makan malam di sebuah restoran masakan Padang di Pasteur.


Masakan Padang


Selepas makan barulah kami mendaftar masuk di hotel Royal Palace Bandung dan kami menginap di sini sepanjang lawatan di Bandung.

Hidangan istimewa di hotel


bersambung...

No comments: