Thursday, 12 August 2010

Benda-benda Yang Tak Wujud di Guardian

Bermula dari hujung bulan lepas, bermulalah kerjaya aku sebagai pencacai pekerja separuh masa di Guardian Banting (kod cawangan: BTWB). Gaji yang ditawarkan taklah lumayan mana, kadar piawai untuk kerja sambilan, RM 3.50/jam. Bidang tugas aku termasuklah jadi juruwang, sapu sampah, mop lantai, layan pelanggan dan membantu dalam apa-apa hal di kedai jika diperlukan. Secara keseluruhannya, kerja di situ memang agak 'enjoy' dan santai dengan rakan sekerja serta bos yang sempoi. Kira bolehlah bekerja untuk mengisi masa lapang daripada menanam anggur di Farm Ville yang tak mendatangkan hasil tu. Kalau betul-betul jadi petani moden menanam anggur tu ada juga faedah dan pulangannya kan.

 Muka seorang pekerja yang berdedikasi

Walaupun ramai orang tahu fungsi Guardian sebagai sebuah kedai yang menjual barangan berkaitan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri, ada juga orang yang sengal otaknya dengan bertanya jika barang-barang yang pelik ada dijual di Guardian. Apa-apa hal pun, pelanggan sentiasa betul kan... Antara barang-barang pelik yang penah ditanya ketika aku bertugas adalah:

  1. Rokok (Benson 20 batang - gile veteran hisap Benson & Hedges lagi, orang sekarang hisap Saat lah, hahaha~)
  2. Pelembut fabrik (Softlan)
  3. Sirih (wtf?!!)
  4. Sabun basuh baju (makcik, Econsave dekat, Megah pon dekat je, kat situ ada jual)