Wednesday, 16 July 2008

Hari Keluarga Digital Art Competition 2008 (DAC 2008)

Hari Keluarga DAC 2008 telah diadakan pada hari ini di kafe V6 yang bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli jawatankuasa DAC 2008 supaya dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi agar hubungan sesama ahli jawatankuasa pelaksana pertandingan ini lebih erat. Acara ini berjaya mengumpulkan hampir kesemua kerabat DAC 2008 dimulakan pada pukul 8.30 malam. Seperti biasa, 'highlight' untuk acara seperti ini sudah tentulah menunya. Hadirin telah dihidangkan dengan ayam percik, nasi goreng cina, sosej, tembikai susu, tembikai kuning, kentang bakar dan air oren. Oleh kerana aku merupakan orang yang agak awal datang, maka tugas yang boleh mencairkan bedak foundation yang dipakai (bakar ayam la tu) terpaksalah aku galas. Tapi takpe, sambil-sambil kipas ayam tu leh gak la merasa ayam yang dibakar tu (quality control beb). Acara makan-makan dimulakan pada pukul 9.15 malam tanpa banyak ucapan (sape nk dgr ucapan lame2), hanya Kabir selaku project manager memberi ucapan dan Syazwan membaca doa makan. VIP yang terdiri dari hicom MEDTECH datang kemudian dan turut sama menghabiskan makanan yang sememangnya banyak itu.

Kaum kerabat DAC 2008

Selepas acara makan, mestilah ada permainan pulak kan. Zakwan selaku dalang disebalik acara ini telah menggunakan nama yang agak 'catchy' untuk segmen ini, Riang Ria DAC (macam nama program TV kanak-kanak pulak). Kerabat DAC 2008 berpeluang bermain dua permainan iaitu 'Tarik-tarik Selimut' dan 'Regu'. Ahli kerabat DAC 2008 dibahagikan kepada dua kumpulan dan aku berada dalam kumpulan 2. Berada dalam kumpulan 2 tidak bermakna menjadi yang kedua, kumpulan aku telah menyapu bersih kemenangan dalam kedua-dua permainan. Paling tak boleh blah bile acara Regu berlangsung. Macam-macam aksi yang ditunjukkan tapi tekanya susah nak betul. Tapi dengan prestasi Yap yang menonjolkan aksi-aksi menarik membolehkan kumpulan kami membuat tekaan dengan betul dan seterusnya memenangi acara itu. Hehehe~

Logistic and Ceremony Department

Acara berakhir dengan sesi bergambar untuk semua kerabat DAC 2008 di perkarangan car-park kafe V6. Dua orang budak MAS (junior baru masuk UTP) telah dipaksa untuk menjadi jurugambar kami. Semua kerabat DAC 2008 bersurai lebih kurang pukul 12.00 tengah malam.


----------------
Now playing: Zainal Abidin - Manis
via FoxyTunes

3 comments:

Nuriman Talib said...

ape nih, buli budak baru amik gambar... blom lg final year. hahaha

Farahiyah Jasmi said...

haha..ala..bukan buli..tu kasih syg namenye.. :P

AISHAH roslan said...

salam. pi mai pi mai ... tang tu gak ade farah. HAHA.