Wednesday, 22 April 2009

Rengan kaplaaa!!!

Baru saja balik dari 2 mesyuarat di KL, MCOT (Miri Crude Oil Terminal) di KLCC dan Tangga Barat Cluster di RNZ Integrated. Mesyuarat di RNZ paling memenatkan kerana ada 17 technical drawings untuk diteliti sampai mengantuk dibuatnya.

Sesampai di pejabat SGSB, terasa malas untuk balik rumah awal. Jadi aku mengisi masa dengan menghantar entri sampah ini. Perasan tak ada satu label baru dibawah ini bernama 'SAMPAH'? Hehehe...

Aku baru potong rambut ni 2 hari lepas, dalam perjalanan pulang dari Shah Alam. Sampai kedai gunting Bunga Ros di Jalan Bunga Pekan, Banting tu dalam pukul 10.30 malam. Nasib baik kedai belum tutup lagi. Malam tu aku temankan rakan sepejabat aku, Bad beli telefon bimbit baru di Plaza Alam Sentral. Segale masalah ibarat berguguran bersama-sama rambut yang digunting. Rasa ringan kepala ini. Boleh daftar masuk mana-mana kem tentera lepas ni. Har3!

Kepale baru

2 comments:

Cikuniz said...

kepala anda makin encem..ahakzzzz..:P

afiqms said...

tengkiu2~ hihih~