Aktiviti tagging diteruskan lagi hari ini dengan membuat tagging di sudut-sudut sukar. Jika dahulu sudut sukar untuk genset-genset berkuasa kecil seperti KUJT-A dan F9JT-A (108 kW) serta MLDP-A dan LHDP-A (88 kW) yang semuanya dipacu oleh enjin turbodiesel cap Cummins (buatan UK) adalah di bahagian-bahagian yang sempit serta berupaya mematahkan pinggang, sudut-sudut sukar di genset besar yang dipacu oleh enjin twin-turbodiesel cap MTU (buatan Jerman) adalah ketinggian. Sesungguhnya saya bukannya fobia kepada ketinggian tetapi kedudukan perkakasan yang terlalu dekat dengan bumbung dan kesukaran mendapatkan kedudukan yang baik untuk meletakkan tangga telah membuatkan proses tagging menjadi berisiko tinggi.
Hari ini, perjuangan tagging maju setapak lagi apabila saya telah berjaya memasang tagging untuk kabel-kabel yang disambungkan ke IR flame detector (4 buah), lampu skid (4 buah), tagging untuk kabel-kabel yang disambungkan ke panel pengecas bateri dan juga ke suis-suis IR flame detector di luar. Mujurlah rakan seperjuangan, Zopak turut membantu dalam proses ini. Kami berhenti setakat disitu dan meneruskan kerja-kerja memasang stopper pada lubang-lubang di panel kawalan yang tidak digunakan. Selepas itu, kakitangan dari MTU telah datang untuk menghidupkan enjin MTU 16V2000 yang memacu alternator cap Leroy Somer (buatan Perancis) untuk pertama kalinya. Saya sempat melihat mereka memuat turut starting sequence ke dalam MDEC (komputer yang mengawal operasi enjin) dan berdepan dengan error. Saya dan Zopak terus pulang ke pejabat selepas itu. Hari esok saya akan menghabiskan kesemua tagging yang tinggal, di panel kawalan enjin dan level switch di radiator.
p/s: Post ini ditulis selepas bangun tidur~
No comments:
Post a Comment