Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi aku peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah gersang dan kontang UTP bagi menghabiskan pengajian yang berbaki setahun saja lagi. Insya Allah...
Ini juga bermakna, hari Sabtu yang lepas merupakan kali terakhir aku dapat menonton siri kartun kegemaran aku, Shin Chan dan aku amat berpuas hati kerana tidak ketinggalan menonton episod pada minggu lepas.
Selepas 8 bulan menjalani industrial internship di SGSB (terima kasih banyak atas pengalaman berharga di SGSB), maka tiba masanya aku kembali ke tanah UTP ini sebelum bergelar graduan dalam masa setahun lagi jika tiada aral melintang.
Perjalanan pulang sudah sememangnya mencabar dan membuka lembaran baru dalam hidup aku. Buat pertama kalinya aku berjaya mengurangkan barang-barang yang perlu dibawa pulang dan aku masih boleh membiarkan tempat duduk belakang Proton Waja bapaku kosong, tidak seperti yang lepas-lepas dimana setiap inci kereta itu dipenuhi barangan. Buat pertama kalinya juga aku merasai kesan peningkatan usia (walaupun baru 22 tahun!). Perjalanan sejauh 300 km yang ditempuh sudah mula menjadi sesuatu yang hampir mustahil bagi aku. Sesuatu yang pelik apabila aku mula merasa gerun dan tidak berkeyakinan ketika memandu di selekoh Lebuhraya Utara - Selatan pada kelajuan 150 km/j dan ke atas. Mungkinkah aku kurang stamina ataupun masih trauma dengan kemalangan yang berlaku semasa aku dalam tempoh industrial internship? Walaubagaimana pun, aku selamat tiba di UTP tatkala maghrib dan berasa hairan melihat ketibaanku disambut oleh puluhan polis trafik yang berkeliaran di sekitar kampus. Akhirnya aku teringat bahawa UTP merupakan venue bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009. Sesungguhnya Dewan Canselor UTP amat unik kerana menjadi tempat para qari dan qariah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran walaupun dewan yang sama juga merupakan tempat acara-acara berunsur hedonisme dan lagha dianjurkan seperti Euphonious yang mendapat tentangan keras daripada pihak Rakan Masjid UTP. Adakah ini satu anomali, ironi ataupun perkembangan yang positif? Aku tidaklah menyebelahi ataupun mengkritik mana-mana pihak sebab aku pun tak pernah pergi Majlis Tilawah Al-Quran ataupun Euphonious, aku cuma agak skeptikal dengan situasi yang berlaku di UTP.
Semester ini aku berpindah kampung daripada Village 4 (V4) ke Village 5 (V5) di blok V5E. Mencari parking di V5 merupakan satu cabaran besar dan aku akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di UTP. Tempoh 8 bulan meninggalkan UTP sememangnye membuatkan aku terlupa dan perlu menyesuaikan diri dengan beberapa perkara seperti penggunaan DC++, capaian internet yang 'laju', latihan memegang pen dan menulis, pergi kelas dan lain-lain lagi. Aku perlu cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai pelajar yang sibuk serta agak barbaric (sila rujuk kepada keadaan ketika mendaftar untuk slot makmal dan tutorial sahaja) kerana ini merupakan tahun terakhir aku disini. Aku mengambil pengkhususan atau majoring dalam bidang Power Systems dan terlibat dalam projek tahun akhir (Final Year Project, FYP). Semoga semuanya akan baik-baik sahaja dan azam-azam aku yang tidak pernah tercapai pada semester-semester lepas akan menjadi realiti pada semester ini (aku berazam untuk menjadi lebih rajin dan tidak mendak di petang hari).

2 comments:
back to school~
yay!! hahaha
berusahalah~
Post a Comment