#Maaf kerana lambat mengemaskini sambungan lawatan saya ke Bandung. Terlalu sibuk dengan tuntutan tugas.
Pada hari kedua saya bangun pada pukul 5:30 pagi waktu Indonesia Barat (WIB). Tetapi keadaan di luar terang benderang seperti pukul 7:00 pagi di Malaysia.
Arca lagenda bola sepak Indonesia
Bas pariwisata (persiaran) yang menjadi pengangkutan kami sepanjang lawatan telah lama menunggu di perkarangan hotel.
Bas sudah sedia menunggu
Pada hari ini kami bergerak ke arah utara menuju ke Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu yang merupakan sebuah kawasan kawah gunung berapi di daerah Ciater. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam walaupun hanya terletak lebih kurang 25 km dari hotel kami kerana jalan sesak dan mendaki gunung.
Kawasan bandar yang sesak
Nissan Juke baru, tak pernah nampak lagi di Malaysia setakat ini
Populasi padat!
MRR2 versi Bandung?
Bas kami berhenti di kawasan kaki gunung. Kami dikehendaki menaiki van untuk ke puncak gunung. Kosnya pula adalah Rp 15000. Van mengambil masa 15 minit untuk sampai ke puncak gunung.
Emak dan ayah terus membeli-belah di kaki gunung
Perjalanan ke Tangkuban Perahu menaiki van
Kawah gunung berapi
Pahlawan berkuda tanah tinggi
Bersama emak di puncak gunung
Rombongan kami
Pengunjung juga berpeluang membeli cenderamata di kawasan pasar di sekitar kawasan gunung. Belerang juga banyak terdapat dipercayai diambil dari kawasan gunung berapi ini sendiri.
Bersama ahli rombongan yang tidak pernah gagal membeli-belah di setiap perhentian kami
Kawasan pasar menjual cenderamata
Makanan bergoreng yang dijual di kawasan pergunungan
Bersama ayah di Tangkuban Perahu
Lesung turut dijual sebagai cenderahati
Di kawasan kawah gunung berapi
Selepas tamat lawatan, kami makan tengahari dengan hidangan Sunda ketika menuruni Jalan Tangkuban Perahu. Antara hidangan yang menarik ialah ikan kaloi goreng, ikan yang biasanya dijadikan ikan hiasan di Malaysia. Pada saya, rasanya pula lebih kurang sama seperti ikan air tawar yang lain.
Bersamo uwan den yang vogue!
Cubaan menyelenggara kereta POLRI
Ikan kaloi goreng @ gurame
Sup bening, manis rasanya - tak sedap!
Selepas mengisi perut, kami menuju ke Cihampelas untuk membeli-belah. Hujan mula turun namun tidak melunturkan semangat makcik-makcik yang menyertai rombongan ini untuk membeli-belah. Keadaan di Cihampelas agak sesak dan jalan basah menyukarkan saya untuk berjalan di kawasan ini. Hajat saya ingin membeli baju batik tetapi hampa apabila rekaan yang dikehandaki tidak mempunyai saiz yang padan dengan ukuran badan saya.
Replika senapang
Toyol yang idak pandai mencuri, tetapi menjadi halwa tekak
Tetapi saya tidak pulang dengan tangan kosong apabila saya membeli sepasang jaket kulit yang dijual oleh penjaja yang datang ke bas kami. Harganya pula Rp 150000, amat berbaloi dengan kualiti buatan dan bahan yang digunakan.
Banyak terdapat di sekitar Bandung, bagaimanakah rasanya?
Menjelang malam, hujan masih turun membasahi bumi Bandung. Kami menuju ke sebuah restoran masakan Padang untuk makan malam. Saya mengambil peluang memesan sate Padang yang banyak dijual di sekitar kota Bandung. Tetapi bagi saya, rasa sate Padang tidaklah sesedap sate yang saya biasa makan di Malaysia. Rasanya masin, tidak kena dengan selera saya.
Hidangan Padang sekali lagi
Sate Padang, tidaklah sesedap yang disangka
Selepas makan saya sempat ke kedai menjual kad prabayar untuk mengisi semula baki nombor telefon bimbit saya di Indonesia bernilai Rp 20000. Selepas itu kami terus balik ke hotel dan berehat.
bersambung lagi...
No comments:
Post a Comment