Sunday 7 March 2010

Kasut

Peringatan: Mungkin mengandungi bahasa-bahasa kasar.

Untuk mendapat lebih kefahaman tentang post ini, sila rujuk di pautan ini.

Pelbagai perkara boleh dikaitkan dengan kasut sejak akhir-akhir ini. Ada yang dipenjara kerana membaling kasut ke arah seorang pemimpin negara yang melabelkan dirinya sebagai 'Polis Dunia', seorang pemimpin parti politik 'communal' (parti politik berasaskan kaum) ingin mengkalungkan selipar (juga termasuk dalam kategori kasut) ke leher seorang negarawan ulung dek kerana percanggahan idea politik; dan yang terbaru, seorang tukang kasut warganegara Malaysia telah dibelasah oleh sekumpulan pelajar ASING di salah sebuah universiti di Tronoh (masih ingat dengan ayat ini yang pernah dikeluarkan dalam satu laporan jenayah di akhbar yang sama beberapa ketika dahulu?). Kasut sekarang bukan sahaja digunakan sebagai alas kaki, malah pelbagai perkara boleh dikaitkan dengan kasut. Betapa berpengaruhnya kasut di zaman ini sehingga menjangkau bukan sahaja di peringkat nasional, malah ke peringkat antarabangsa.

Aku berasa maruah aku sebagai anak Malaysia diinjak-injak oleh SEGELINTIR pelajar asing yang menuntut ilmu di sini. Perbuatan mereka menyerang rakyat tempatan amat-amat tidak boleh diterima sama sekali seolah-olah merekalah yang paling berkuasa di tanah bertuah ini.

Lebih mengaibkan (aku harap perkara ini tidak betul), pentadbiran institusi pendidikan tinggi tersebut (yang sudah semestinya ditadbir oleh orang-orang tempatan) cuba menutup mulut rakyat tempatan yang membuat laporan tentang serangan tersebut untuk menjaga reputasi institusi pendidikan mereka. Bagi aku, jika hendak mencari PENGKHIANAT BANGSA, kita tidak perlu melihat jauh. Tidak perlu menjadi ejen rahsia untuk negara lain dan membocorkan rahsia kerajaan dan tidak perlu sembah derhaka kepada sultan, hanya lihat kepada mereka ini sudah cukup untuk menjadi seorang pengkhianat bangsa. Sanggup melihat bangsa sendiri tidak terbela atas nama 'maintaining healthy diplomatic relationship'.

Satu contoh lagi pengkhianat bangsa boleh dilihat pada anak bangsa yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang. Tetapi mereka hanya berani mengambil tindakan ke atas orang tempatan yang melakukan kesalahan, tetapi membutakan mata dan memekakkan telinga mereka jika warga asing melakukan kesalahan.

Bagi aku, memang selayaknya warga asing yang melakukan serangan itu diberkas polis. Belasah dulu cukup-cukup di balai polis (inilah masanya polis menggunakan kekerasan di jalan yang betul, bukan hanya berani membelasah pelajar-pelajar tempatan yang membuat demonstrasi secara aman walaupun aku tidak pernah bersetuju dan menyokong tindakan pelajar mennyertai demonstrasi politik, entah-entah mendaftar sebagai pengundi pun belum lagi dah pandai nak bercakap pasal politik). Selepas itu tarik balik visa pelajar dan hantar mereka pulang ke negara asal mereka. Mereka memang tidak layak duduk di sini jika tidak tahu menghormati budaya tempatan sedangkan pelajar kita di negara mereka sangat menghormati budaya mereka di sana.

Untuk pengkhianat-pengkhianat bangsa ini, aku harap mereka sedar. Mereka diberi kuasa untuk memastikan keharmonian semua orang tidak kira warga tempatan ataupun asing. Menjaga hubungan diplomatik yang baik bukan bermakna kita harus menerima setiap perlakuan baik buruk warga asing tersebut TETAPI mereka seharusnya mengajar warga asing ini tentang budaya masyarakat tempatan dan menghormatinya. Ajar mereka budaya kita, "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung".

Khusus untuk warga negara asing yang satu ini, lagak mereka tidaklah aku pelik sangat. Benar, negara mereka mempunyai sebuah institusi pengajian Islam yang tertua dan terulung di dunia serta banyak mengeluarkan fatwa berkaitan agama Islam, namun itu hanya untuk sarjana-sarjana agama mereka yang tidak terkesan oleh dasar politik negara itu sendiri. Tapi, melihat kepada dasar mereka di peringkat antarabangsa, negara ini memang terkenal dengan dasar yang menyembelih rakan seagama mereka sendiri. Negara mana yang sanggup menutup pintu sempadan mereka kepada konvoi-konvoi bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak Palestin jika bukan negara ini? Harus diingat bahawa rakyat negara ini beragama Islam dan Kristian dan rakyat Palestin yang ditindas Yahudi Israel juga beragama Islam dan Kristian. Sebab itulah aku mengatakan negara ini sanggup menyembelih rakan seagama mereka sendiri. Jadi, perlakuan biadap pelajar mereka disini tidaklah menghairankan sangat jika kita kaji dasar politik antarabangsa mereka sendiri.


p/s: Aku sangat berharap pendirian yang tegas serta tidak tunduk kepada tekanan asing canselor institusi pendidikan ini semasa mentadbir negara dahulu dapat diaplikasikan di institusi ini.

2 comments:

Farahiyah Jasmi said...

betul. aku sangat setuju. kenape nak sembunyikan pekung di dada kalau pekung tu menyusahkan diri sendiri. haih, bile benang yang basah hendak ditegakkan.

afiqms said...

geram betol la aku dgn foreigner nih... kes tu bkan yg pertame pon~ kes dlm utp membabitkan foreigner mmg banyak, tp UTP (termasoklah MPPUTP) xboleh buat ape2 pon~ sebok nk camporkan bdak2 locals ngan foreigners~ promoting integration? haktuih! foreigner mmg xpernah nk respect locals... xtau jage kebersihan, pastu suke memekak~ huh! hangen betol aku bile bace brite tuh~