Sunday, 16 October 2011

Tukang Potong Rumput di Lebuhraya

Kronologi Kejadian

  1. Sebuah kereta dua pintu berwarna hitam dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sedang dipandu pada kelajuan 160 km/j di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran kawasan Bukit Gantang.
  2. Pemandu kemudian melalui kawasan selekoh di lorong kanan pada kelajuan sama sebelum menyedari dua orang pemotong rumput hendak melintas di kawasan selekoh lebuhraya sama.
  3. Terdapat sebuah van bergerak perlahan di lorong kiri dan pemandu kereta tidak ada ruang untuk menukar lorong dan terpaksa membuat brek kecemasan.
  4. Keadaan jalan yang kering, tayar kereta baru ditukar dan sistem brek anti-terkunci (ABS) yang diaktifkan membantu pemandu kereta tersebut mengurangkan kelajuan kepada 60 km/j dalam masa yang singkat dan berjaya mengelak tukang rumput dan van di sebelah kiri dari dilanggar.
  5. Pemandu kereta, van dan dua orang tukang rumput yang hendak melintas tidak mengalami sebarang kemalangan.

Pengajaran

  1. Walaupun masih agak bahaya untuk memberhentikan kenderaan walaupun dari kelajuan 110 km/j dalam situasi yang sama, tetapi dengan memandu mengikut had laju masih dapat mengurangkan risiko kemalangan. Pandu dengan cermat dan berhati-hati.
  2. Tukang rumput sepatutnya tidak memilih untuk melintasi lebuhraya di kawasan selekoh, walhal tidak dibenarkan sama sekali untuk melintas di lebuhraya!

Friday, 14 October 2011

New Rubber Shoes for TakBolehBlah

After 34000 km old, finally the stock donuts decided to give up. So it is time for TakBolehBlah to wear new shoes on all four wheels. With limited budget, my aim is to search for tires that can perform better from the stock factory Continental SportContact1 195/50/R16.

Yokohama A-Drive R1 205/45/R16 sexy-looking tread


After googling through the Internet, I finally decided to take Yokohama A-Drive R1 as my choice. I also decided to choose slightly bigger tire size of 205/45/R16. The hunt begins and it is quite hard to find this tire. Actually the shop did not keep stock of that particular tires but he can source it from a shop in Rawang and get it delivered to his shop. I quickly placed the order as the price is just the same from the shop in KL, minus the travelling to KL so it is a very good deal! The order was placed in the morning and the tire arrived in the afternoon at around 4:30 pm.

Installing the new tires on TakBolehBlah


Finally I managed to get the rubbers from Kedai Dunlop near Jalan Morib. The shop quoted RM260/piece for that tire. The total damage was RM1100 including balancing, alignment and changing to rubber valves on all four wheels. With the tires changed, I can peacefully travel to Penang to attend training in Motorola on Sunday. I will update my simple review on this tire after returning from trip in Penang.

Alignment

Tuesday, 13 September 2011

HDMI display problem

Recently I just bought myself a new Samsung SyncMaster SA350 23" High Definition LED monitor to replace my old Samsung 17" LCD monitor for my PC. The old monitor will go to my hometown in Banting to be paired with unused PC there.

Excited to make full use of High Definition Multimedia Interface (HDMI) on my Sapphire HD 5770 graphic card, I quickly connected my new monitor to the graphic card using HDMI cable. However, I was disappointed when the monitor is not displaying 100% of the screen area of the 1080p monitor as shown in the picture below:

BEFORE (click on image to enlarge)


A quick googling on the net directed me to the solution. The HD monitor is not displaying full screen problem can be solved by adjusting overscan and underscan option within your ATI Catalyst Control Center.

Here I would like to share the step-by-step procedure of adjusting overscan and underscan option in ATI Catalyst Control Center installed on Windows 7 OS:

1) On the taskbar, right-click on the ATI Catalyst Control Center icon (shown in red circle).

2) On the menu, select Catalyst Control Center ...


3) Catalyst Control Center will appear, select My Digital Flat Panel, a drop down menu will appear.

4) From the drop down menu, select Scaling Options (Digital Flat-Panel)
5) Adjust the Scaling Options by moving the slider towards Underscan or Overscan until the whole display is filling up the entire screen area.

6) Voila! The display is filling up the entire screen area of your new HD monitor connected via HDMI cable.

AFTER (click to enlarge)


For older version of ATI Catalyst, you may refer here. I have adapted his guide to match with the new interface in the latest ATI Catalyst driver I am using.

Enjoy your new HD monitor!!! ^_^

Tuesday, 16 August 2011

Dugaan di Waktu Sahur

Hari ini aku bangkit jam 4:45 pagi. Niat di hati ingin bersahur dengan makanan berat seperti nasi berlauk atau pun set sarapan McDonald's kerana hari ini aku akan menyertai acara berbuka puasa bersama masyarakat setempat di Masjid Hadhari, Paka anjuran tempat kerja aku.

TakBolehBlah


Jadi dengan langkah yang malas, aku mencuci muka serta menyarung jaket dan seluar untuk bersiap-siap untuk keluar. Aku capai kunci TakBolehBlah dan tergesa-gesa menuruni tangga hanya untuk mengetahui bahawa rakan serumah meletakkan keretanya betul-betul di hadapan rumah dan menghalang aku daripada mengeluarkan kereta aku. Sememangnya kawasan perumahan tempat aku tinggal mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta yang serius dan aku amat maklum akan hal itu.


Kereta milik rakan serumah


Tak mengapa, aku naik ke bilik untuk mengambil kunci motor BuJanG ku. Masih ada ruang untuk menyelit keluar jika aku menaiki motorsikal. Aku terus ke motorsikal ku, membuka mangga kunci yang terpasang di tayar hadapan dan terus menghidupkan enjin motorsikalku. Enjin motorsikalku dihidupkan, memecah keheningan pagi di Kerteh yang aman damai ini. Tetapi bila aku mahu bergerak, aku sedar tayar belakang motorsikal BuJanG ku pancit. Mungkin cubaan Ramadhan bagi aku hari ini. Aku harus bersabar.

Pancitlah pulak!


Aku amat memerlukan tenaga tambahan semasa bersahur kerana hari ini aku menjadi ahli jawatankuasa untuk majlis berbuka puasa anjuran tempat kerjaku. Aku harus berfikir pantas tentang sumber tenaga yang aku perlukan semasa bersahur. Aku terus ke dapur dan mengambil tiga biji telur untuk ku buat telur separuh masak.


Telur ayam gred B menjadi penyelamat


Mudah dan cepat disediakan. Rendam telur di dalam air panas selama lima minit, dan makan bersama lada hitam dan kicap lemak manis cap Kipas Udang. Gabungan kurma dan sekotak susu turut menjadi santapan di kala bersahur. Syukur, aku masih boleh bersahur. Dugaan di bulan Ramadhan datang dalam pelbagai bentuk, dan ianya tidak bukan adalah untuk menguji kesabaran hamba-Nya. :)


p/s: Besok balik Banting! (BBB)