Thursday 30 April 2009

Merakus di Murni

Semalam boleh dikatakan hari melayan perasaan yang paling rakus dalam hidup aku. Dengan bersandar kepada fakta bahawa duit scholar sudah masuk, aku melayan kehendak perut dengan begitu rakus sekali. Untuk makan tengah hari je aku dah melantak lasagna di Secret Recipe. Sebelum balik ke pejabat, aku singgah di kedai serbaneka 7-Eleven dan membeli 2 botol kecil Tropicana Twister oren (semata-mata terpedaya untuk mendapatkan keychain Tropicana Twister) dan Twisties Chipster. Adegan makan terus disambung di pejabat sambil melayan Facebook dan berinteraksi dengan rakan-rakan seperjuangan (yang juga tiada kerja di tempat intern masing-masing, budak-budak UTP sibuk nak exam, wakakakaak!) di alam maya (chat la tu).

Masa bekerja habis juga pada pukul 6 semalam. Tetapi desakan nafsu yang rakus tidak berhenti di situ saja. Abid selaku mastermind kepada kerakusan semalam telah mencadangkan agar semua budak-budak intern SGSB (kecuali Afiq rambut ketak memandu Satria Neo kerana dia terasing di yard) untuk merakus di Restoran Murni yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Tanpa banyak membuang masa, keenam-enam intern iaitu aku, Zopak, Abid, Yusri, Naz dan Arshad terus bertolak ke Petaling Jaya menaiki kereta Abid selaku penaja pengangkutan pada malam semalam.

Kami sampai di PJ menjelang maghrib. Suruhan agama tidak kami lupakan dan terus bersolat di surau Balai Polis Taman Sea dan Abid sebagai imamnya. Selesai bersolat, kami terus berjalan kaki ke Restoran Murni yang jauhnya sepelaung dari tempat Abid meletakkan keretanya. Restoran ini memang agak sesak dipenuhi pelanggan namun kami berjaya mendapatkan meja yang boleh menampung kami berenam. Lantas, pesanan terus dibuat dan hasilnya boleh dilihat dalam gambar-gambar di post ini.

Apabila semua makanan yang dipesan telah diterima, maka kerakusan pun bermula. Zopak paling rakus sekali apabila memesan dua hidangan dan minuman. Namun, ada juga yang kecundang. Naz yang memesan Nasi Goreng Chicken Chop hanya mampu menghabiskan hampir separuh daripada hidangan yang dipesan. Diikuti dengan Arshad dan akhirnya diri aku sendiri yang boleh menghabiskan lebih dari separuh hidangan yang dipesan. Tetapi semuanya tidak terbazir begitu sahaja. Zopak dan Abid telah datang membantu dan menghabiskan semua hidangan. Mereka sememangnya amat rakus tetapi masih mengekalkan adab di meja makan.

Kami pulang ke pejabat semula pada pukul 10.00 malam dan aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pergi ke Murni semalam. Pesta merakus semalam memang best kerana dapat melepak bersama rakan-rakan seperjuangan. Thanks!


Makanan dan minuman yang dipesan

Mee raja


Nasi Goreng Chicken Chop


Roti Hawaii


Jus tembikai special


Pink panther


Jus belimbing


Milo tabur


Nasi Goreng Merry Land


Mereka yang terlibat


Dari kiri: Yusri, Arshad, aku


Dari kiri: Zopak, Abid, Naz


Persona rakus


Zopak dan Abid berganding bahu untuk memastikan makanan yang dipesan tidak terbazir


Zopak merakus seorang diri


Zopak paling rakus apabila memesan 2 makanan sekaligus dan habis!


Mereka yang kecundang


Naz merupakan orang yang pertama kecundang sebab dia mengah


Diikuti oleh Arshad


Akhirnya aku kecundang jua. Lasagna siang semalam masih memenuhi ruang perutku


Penaja


Thanks kepada Abid selaku mastermind, imam dan penaja pengangkutan.


p/s: Takziah kepada Abid kerana keretanya dilanggar oleh orang yang sgt noob dalam pemanduan. Syukur kerana hanya melibatkan kemalangan kecil sahaja.

No comments: