Sunday 29 November 2009

Aidil Adha 2009

Walaupun pada mulanya aku tak bercadang untuk pulang ke rumah di Banting, Selangor, pada hari Khamis lalu (26 November 2009) aku tiba dengan menaiki motosikal tepat pukul 5.00 petang. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam (antara perjalanan yang paling lama pernah aku lakukan dengan menaiki motosikal) kerana faktor jalan sesak dan aku mengambil masa yang lama ketika berhenti mengisi minyak dan makan. Akhirnya aku berjaya juga menyambut Aidil Adha di Banting yang indah dan permai itu. Huhuhu~

Aktiviti wajib ketika Aidil Adha sudah semestinya menyertai aktiviti korban di masjid berhampiran dengan rumah aku. Aku menyertai aktiviti melapah lembu korban setelah di sembelih. Bergelumang dengan darah, lemak, tahi merupakan perkara biasa ketika aktiviti melapah ini dilakukan. Aktiviti ini sangat menarik kerana walaupun nampak mudah, tetapi melapah memerlukan kemahiran dan common sense tentang anatomi binatang yang disembelih (dalam kes aku, lembu). Silap potong, mungkin anda boleh tersalah memotong ureter lembu ataupun tercucuk perut lembu menyebabkan segala isi perutnya terkeluar. Jika pisau yang digunakan tidak cukup tajam atau binatang itu tidak dilapah sejurus selepas disembelih, proses melapah akan menjadi sukar. Keadaan cuaca juga memainkan peranan yang penting kerana lembu paling mudah dilapah ketika suhu badannya masih panas (sejurus selepas disembelih). Ini bermakna, jika hari hujan, suhu badan lembu akan cepat jatuh dan menyebabkan proses melapah sukar dilakukan.


Pakcik yang berbaju putih dan berkopiah putih itu adalah seorang doktor. Tetapi bukan doktor haiwan la~ Sebab tu dia mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan perut lembu yang ada 4 kesemuanya itu.


Alhamdulillah, Aidil Adha aku sambut dengan seadanya di rumah. Ini lebih baik daripada duduk terperuk di gurun Tronoh yang bosan dan tidak ada apa-apa ini. Aku sudah selamat sampai di UTP semalam (Sabtu) kerana aku akan mempunyai pembentangan untuk projek tahun akhir (fasa pertama) esok hari. Aku mengharapkan hanya yang terbaik untuk hari esok. Amin~


p/s: Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir Batin~

----------------
Now playing: Headwind - Suraya
via FoxyTunes

No comments: