Thursday, 26 November 2009

Bangang atau mementingkan diri sendiri?

Maaf, kualiti gambar tidak memuaskan. Diambil menggunakan kamera telefon bimbit.

Lihat sahaja gelagat pemandu trak pikap ini. Gambar ini diambil di Jalan Pasir Puteh, Ipoh semasa aku dalam perjalanan pulang ke UTP dari Ipoh untuk membeli komponen (IC 74LS163 tiada di EE Central Store, Blok 22) untuk projek tahun akhir aku. Pemandu trak itu cuba untuk memotong sebuah jengkaut (atau dalam bahasa orang kampungnya backhoe) di hadapan kereta bapak aku tetapi tidak sempat kerana lampu isyarat bertukar merah. Jadi, terpaksalah si pemandu wanita itu berhenti di laluan bertentangan sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau (sama ada dia bangang ataupun takutkan undang-undang dengan berhenti sebegitu). Walaubagaimanapun, tindakan pemandu tersebut sangatlah menyerlahkan kebodohan dan kesombongannya. Hahaha~


----------------
Now playing: V.A. - Super Eurobeat Presents NON Stop Re-Mix [Project.D Ver]
via FoxyTunes

2 comments:

inas said...

tu dah bangang tahap maksimum tu!!!! bagus je kalau jengkaut tu kaut kete tu sekali kan.... hehehe

Muhammad Afiq bin Mohd Sadli said...

heheh~ btol tuh sensei~