Thursday 10 September 2009

Dugaannya

Hari Khamis sememangnya hari yang paling ditunggu-tunggu dalam seminggu kerana kelas hanya akan bermula pada pukul 2.00 petang. Hari-hari lain kelas bermula pada pukul 8.00 dan 9.00 dimana aku terpaksa bangun awal (kadang-kadang terlajak juga, lebih-lebih lagi di bulan puasa ni). Bulan Ramadhan ini sememangnya betul-betul mencabar kesabaran aku dengan kehidupan di UTP (sama ada di luar kelas atau pun di dalam kelas) yang semakin serabut dan menambah tekanan ini.

  1. Masalah coverage Maxis di UTP sejak aku mula bertapa di blok V5E. Fluctuating signal strength and sudden disconnection during calls. Coverage 3G pula hampir mustahil di bilik aku, terasa sia-sia pula sebab dah beli handphone mahal (bagi aku). Dah call Maxis Customer Service Centre tadi, harap-harap aduan aku mendapat perhatian yang sewajarnya.
  2. Masalah sambungan Internet yang tak pernah selesai. Nak masuk Google Talk pun kena berkali-kali cuba baru dapat. Katanya ITMS dah upgrade kemudahan Internet dengan bandwidth yang selebar lebuhraya 8 lorong tapi masalah tetap ada. Padahal MPPUTP siap buat banner mengucapkan terima kasih kepada ITMS UTP kerana sudah menaiktaraf kemudahan Internet. What an arselicker...
  3. Esok aku ada test Power Systems II dan masih mencari semangat untuk belajar. Haish~
  4. Esok juga aku kena hantar progress report FYP.

And the list goes on... Sabo aje la~


----------------
Now playing: Hujan - Dugaannya
via FoxyTunes

No comments: