Saturday 12 July 2008

Kejohanan Teakwondo Terbuka Rakan Muda Selangor

Kejohanan ini telah diadakan pada hari ini di Aim Point Commercial Hall, Sg. Emas (belakang Tesco Banting). Dua orang adik saya, Nina dan Wajihah telah menyertai kejohanan ini mewakili kelab diorang iaitu Saujana Teakwondo Club. Nina bertanding dalam kategori heavyweight (gemok rupenye die ni) untuk kategori bawah 12 taon dan Wajihah plak bertanding dalam kategori welter weight bagi kategori 15 taon ke bawah. Dianggarkan seramai 400 peserta dari pelbagai kelab taekwondo seluruh Selangor menyertai kejohanan ni. Kejohanan ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 8 malam.

The crowds

Nina yang baru pertama kali menyertai kejohanan ini telah tewas mudah dalam bout yang ke-18 dan menangis teresak-esak di luar ring selepas dibantai di kepalenye. Xpela, lpas ni berlatih lagi ok. It's a good experience for you.

Nina tergamam selepas dibelasah...

Penyokong setia

Seperti dijangka, prestasi Wajihah tidak menghampakan walaupun die malas nak buat warming up. Mendapat bye di suku akhir dan terus beraksi untuk perlawanan pertama iaitu bout 79 bagi merebut tempat ke perlawanan akhir dengan kemenangan yang agak mudah. Perlawanan akhir di bout 99 akhirnya berpihak kepada Wajihah untuk melayakkannya merangkul pingat emas bagi ketegori welter weight. Wajihah yang masih bertali pinggang merah telah mengalahkan pesaing yang bertali pinggang merah hitam dengan beberapa sepakan di kepala (bangge la ko ye).

Orang lain warmup b4 match, die bace komik plak. Bajet terer arh tu...

Kaki seorang juara... kononnye~ yucks!

Final match. Wajihah in blue vest.

Kemenangan malam itu telah diraikan oleh kami sekeluarga di Restoran Tawaqal, iaitu kdai mapley. Papehal pon, I'm proud to both of you. :)

Nurazlili Aziz: Holder of 2nd dan black belt. (sekadar gambar hiasan)

1 comment:

Anonymous said...

wajihah mmg kekunun hebat.