Monday 23 March 2009

Cendol

Cendol legend

Hurm... tak tau nak buat ape hari ni, so aku fikir boleh isi masa nak update blog. Hari ini agak lapang tambahan pula aku dengan Zopak dah kena ban dengan orang yard. Hahahaa... Takpe, aku dah penat buat kerja kat yard yang sememangnya luar dari skop internship aku. Huhuhu...

So, aku nak share tentang one of specialties kat Banting ni. Warga Banting mesti dah familiar dengan keenakan cendol Banting ni. Walaupun boleh dikatakan banyak tempat yang menjual cendol kat Banting ni, ada 2 kedai sahaja yang aku rasa menonjol. Satu kedai (sekarang dah upgrade jual rojak sekali) kat simpang Jalan Telok Bunut sebelah kedai jam, berhadapan dengan KFC 2 tingkat tu, satu kedai lagi (kecik je) kat bekas pawagam Lido yang dah jadi kedai perabot jati (yeke?). Tapi, personally aku lagi suka cendol yang kat pawagam Lido ni. Nak cakap kenapa pun aku ni bukanlah food critique cam Gordon Ramsey atau Jamie Oliver tuh. Tapi dia punya lemak dan manis tu cukuplah.

Bagi aku, setakat ni aku tak pernah jumpa lagi cendol yang boleh menyamai rasa cendol Banting ni. Cendol Leman Dawi yang kat Seremban tu pun tak boleh compare tapi aku suka gak sebab kat sana bayar sekali boleh tambah banyak kali. Tapi kalau dari segi rasa tu, Leman Dawi atau cendol Taman Maju tu pun tak boleh lawan lagi. Sebab tu kalau aku dalam perjalanan balik dari UTP ke Banting, aku mesti singgah layan cendol dulu sebab rasanya tu tak boleh cari kat tempat lain. Harga dia? Ok lagi la, masih berpatutan walaupun dah naik beberapa kali. Harga sekarang, RM 1.00 semangkuk, RM 2.50 untuk bungkus. Aku rasa warga-warga Banting yang lain pun bersetuju dengan lagenda cendol Banting nih.

3 comments:

aizayazid said...

pe ag jawa??
aku nk ko blnje aku cendol!!
xkire2!!

afiqms said...

mai la dtg banting, aku blanje la ko~ uhuhuh~

Cikuniz said...

fulllamak!!! CENDOL BANTING, the best cendol ever!!!