Sunday, 16 August 2009

Boleh tak ikhlaskan hati tu sikit?

Wahai diri sendiri,

Tolonglah ikhlaskan hati tu bila membantu orang lain. Lakukanlah pertolongan itu atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab setiap manusia di atas muka bumi ini. Kau hanya tahu nak melenting, nak rasa down bila orang abaikan kau walaupun kau dah tolong dia sebelum ini. Hentikan sajalah perasaan sebegitu, ada ramai lagi orang yang ingat pada kau walaupun kau tak tolong dia sangat pun. Kalau kau rasa kau bengang sebab orang tak ingat jasa kau pada dia, kau berhentilah tolong dia. Tapi kau ni lembut hati sangat, kau memang tak boleh tengok orang lain dalam kesusahan apabila kau tahu kau ada kemampuan nak membantunya. Sebab itulah kau harus ikhlaskan hati kau bila melakukan sesuatu. Kalau orang tak nak tolong kau, apa yang kau boleh kata pun. Kalau orang tak ingat pada kau, kau ingat orang tu ikhlas ke nak ingatkan kau kalau kau paksa dia sekalipun? Mungkin kau rasa kaulah yang paling hebat bila ada orang datang meminta bantuan pada kau. Tapi apa yang terjadi kalau orang yang kau bantu itu langsung tak menghargai pertolongan kau itu? Mungkin kau rasa kau patut menerima layanan yang baik apabila orang yang pernah buat salah pada kau datang merayu-rayu untuk berbaik dengan kau. Tapi kau pernah tak terfikir ada manusia yang akan lupa segala-galanya apabila dia sudah dapat apa yang dia mahukan? Tolonglah hentikan kerja sia-sia ini. Ikhlaskan hati tu. Buat kebaikan bukan untuk dipuji. Membantu yang dalam kesusahan bukan untuk mendapat penghargaan. Buatlah kebaikan semata-mata untuk mencari keredhaan dari Tuhan dan mengumpul keberkatan dalam hidup.


Otak serabut seperti wayar-wayar yang berselirat ini. Tapi tak mengapa sebab nampak cool bila bekerja dengan perkakasan yang nampak canggih seperti ini. Kuang2~

2 comments:

ngengngok said...

weyh. sbb kdg2 kte tlg bukan ikhlas pon. aku pon salu je cmthu. esp ble tlg clsmte2 aku x gune thu. salu je hati aku memaki2

Muhammad Afiq bin Mohd Sadli said...

xbes la maki2 ni anom~ wat saket ati je weh sbb bkan leh wat pape pon kat org tuh~ kalo leh dihancor2kan tu puas ati la jugak~