Friday 20 January 2012

Liburan di Bandung 2012 - Hari Keempat

Pengembaraan saya di kota Bandung diteruskan lagi pada hari keempat. Hari ini merupakan hari terakhir kembara saya di Bandung. Seperti biasa, saya bangun awal dan berjalan di sekitar Bandung pada awal pagi bersama Ateh. Kali ini kami menelusuri Jalan Merdeka sehingga ke Taman Awam Kota Bandung sebelum berpatah balik ke hotel.

Di pintu masuk muzium tentera


Bergambar di tugu peringatan pahlawan yang gugur


Kami juga berpeluang melawat Museum Mandala Wangsit Siliwangi, sebuah muzium tentera yang terletak berhampiran dengan hotel kami di Jalan Lembong. Disebabkan kami datang pada hari cuti (dan masih awal pagi), muzium ini ditutup kepada umum. Namun kami mendapat kebenaran untuk melawat kawasan perkarangan muzium yang menempatkan tugu peringatan dan juga senjata-senjata yang digunakan oleh Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) seperti pelbagai jenis meriam dan kereta kebal.

Meriam PSP


Kereta kebal Stuart M3A1 buatan Amerika Syarikat


Meriam Gunung


Meriam bofors 40 mm


Selepas itu kami berjalan menuju Taman Awam Kota Bandung yang terletak di Jalan Merdeka. Kami juga berpeluang menyaksikan keretapi melintas yang merupakan nadi penghubung antara bandar di Indonesia.

 Jangan tiru aksi ini


Kereta api melintas


Selepas puas berjalan-jalan di situ, kami berjalan menuju ke hotel untuk bersarapan pagi dan berkemas kerana kami akan terus ke lapangan terbang sejurus taman aktiviti lawatan kami di Bandung.

Di dalam kawasan taman rekreasi


Di pintu masuk ke taman awam


Sesudah sarapan dan mendaftar keluar dari hotel, kami menuju ke Pasarbaru untuk acara membeli-belah. Ramai mengambil kesempatan untuk membeli-belah di hari terakhir kerana terdapat pelbagai pakaian lelaki dan wanita yang dijual dengan harga murah dan cantik-cantik belaka.


Nampak macam Avanza tapi cop Daihatsu


Pintu masuk ke Pasarbaru


Saya mengambil peluang untuk membeli baju batik setelah hampa di Cihampelas. Saya membeli dua helai baju batik dengan harga Rp 75,000 setiap satu. Saja juga membeli baju-t yang bertemakan Kota Bandung untuk diberi kepada adik-adik apabila pulang nanti. Rp 100,000 untuk enam helai baju-T dewasa boleh dikatakan sebagai sangat berbaloi.

Mencuba baju batik


Ayah juga tidak melepaskan peluang


Selesai membeli-belah, saya, ayah dan sepupu saya Ain pergi ke pasar di lorong belakang bangunan Pasarbaru yang menjual pelbagai barangan dan makanan.

Banyak buah salak dijual di sini


Di kawasan pasar


Antara yang menarik perhatian ialah tempe yang mempunyai kulat berwarna oren yang tidak didapati di Malaysia.

Tempe berkulat oren


Tempe biasa tetapi cara pembungkusannya unik


Ayah juga mengambil peluang membeli buah salak dan mangga untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Sedang bertanyakan harga buah-buahan


Teh botol berjenama Sosro, popular di Indonesia


Setelah membeli-belah dan berjalan-jalan di kawasan pasar, perut mula berkeroncong. Kami menuju ke sebuah kedai makan di kawasan tersebut untuk menjamah hidangan tengah hari. Kami sepakat memesan pelbagai jenis bakso yang dijual di kedai itu.

Bakso ceker (kaki ayam)


Bakso kuah kacang


Kami juga memesan jus mangga, jus campuran nenas dan mangga serta air kelapa sebagai minuman. Uniknya, air kelapa dicampur dengan susu pekat dan rasanya sangat sedap.

Dari kiri: Jus nenas campur mangga, jus mangga


Air kelapa susu


Kami berkumpul kembali di pintu masuk Pasarbaru sebelum bas mengambil kami dan membawa kami ke Bandara Husein Sastranegara, Bandung untuk berlepas pulang ke Malaysia. Petang itu bumi Bandung dibasahi hujan, seolah-olah tidak merelakan pemergian kami.

 Graffiti


Arca Husein Sastranegara, legenda juruterbang Indonesia


Penerbangan kami mengalami sedikit kelewatan dan kami tiba di LCCT, KLIA pada pukul 7:30 malam. Dari sini kami mengucapkan selamat jalan kepada setiap ahli rombongan yang pulang ke rumah masing-masing. Kami sekeluarga pula tiba di Banting pada pukul 8:30 malam. 

Kepenatan setelah penat membeli-belah dan melancong


Mak dan ayah


Maka berakhirlah catatan kembara saya di Bandung yang bermula dari 4 Januari 2012 sehingga 7 Januari 2012. Saya berharap akan mendapat peluang lagi untuk melancong pada masa hadapan. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Kembara ini telah memberi perspektif baru tentang kepelbagaian manusia di seluruh dunia kepada saya.

Wajah ceria


Mari pulang ke Malaysia!


TAMAT

No comments: