Saturday 21 January 2012

Walaupun Aku Tak Menerima Baucar Buku 1Malaysia


Hari ini aku berasa sangat bosan. Ramai rakan-rakan seperjuangan di Kerteh telah pulang ke kampung halaman masing-masing mengambil peluang sempena cuti Tahun Baru Cina selama 5 hari. Namun begitu, aku tidak dapat pulang ke Banting demi tuntutan tugas.

Bagi menghilangkan kebosanan, aku menuju ke Mesra Mall untuk makan tengah hari walaupun sudah pukul 3:00 petang. Aku terus menuju ke Secret Racipe dan memesan Chicken Cordon Bleu dan air teh limau sebagai minuman.

Chicken Cordon Bleu, potongan ayam goreng tanpa tulang diisi dengan keju yang lazat berkrim

Selesai makan, aku berjalan tanpa arah tujuan di sekitar kawasan Mesra Mall. Aku melewati kedai buku Popular dan melihat ramai orang melawat kedai buku tersebut, sesuatu yang amat jarang berlaku di kalangan rakyat Malaysia.

Situasi tersebut membuatkan aku tertarik untuk masuk melawat kedai buku tersebut. Rupa-rupanya orang ramai mengambil peluang untuk membeli buku dan alat tulis menggunakan baucar buku 1Malaysia yang diberi kerajaan kepada mereka yang layak.

Walaupun aku tidak menerima baucar tersebut, aku berasa terdorong untuk sama-sama menghabiskan duit di situ. Terima kasih kepada kebosanan yang melanda diri, akhirnya aku membelanjakan RM 51.85 untuk membeli sebuah novel karangan Tom Clancy dan juga 2 naskhah majalah berkenaan IT dan fotografi.

 
2 naskhah majalah dan senaskhah novel


Jumlah wang yang dikeluarkan agak banyak, tetapi aku tidak kisah kerana wang itu dibelanjakan untuk membeli buku. Membaca jambatan ilmu. Mungkin novel Dead or Alive tulisan Tom Clancy ini boleh dibaca besok di pejabat yang tiada orang kerana ramai bercuti? Oppss...


p/s: Esok bekerja seperti biasa

No comments: