Sunday 6 July 2008

Menghantar Didi Pulang ke Perancis

Bersama-sama mereka yang turut menghantar Didi di KLIA

Pada hari Jumaat yang lalu, saya berkesempatan untuk menghantar Nadia @ Didi pulang ke Perancis di KLIA. Di sana, saya telah berkesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada Didi yang akan pulang ke Perancis dengan menaiki pesawat MAS MH21. Selain saya, keluarga Didi juga menghantar beliau di KLIA. Oh, tidak lupa juga, saudara Faliq @ Etho juga menghantar Didi pada malam itu dan saya berkesempatan berbual-bual dengannya. Menurut Faliq, Didi akan terbang ke Rome menaiki pesawat MAS, selepas itu dia akan menaiki pesawat Air Italia dari Rome terus ke Paris. Selepas itu, saya tidak diberitahu pula bagaimana Didi sampai ke Besancon dari Paris. Setelah berbual ala kadar dengan Didi dan semua yang hadir, akhirnya tibalah saat perpisahan. Didi bergerak ke balai berlepas menuju ke terminal penerbangan antarabangsa pada pukul 11.15 malam. Saya berharap ketika saya menulis blog ini, Didi telah pun selamat sampai ke Perancis. Sebelum saya mengundur diri, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Jadi’ yang ke-21 kepada Didi. Saya berdoa semoga Didi panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam pelajaran dan akan kahwin cepat-cepat dengan saudara Faliq. Sekian.

No comments: